Saturday, March 13, 2010

Graf Mendatar

Harmoni pada muzik,
satu gelombang.
Cahaya dan warna,
satu gelombang.
Turun dan naiknya segala,
satu gelombang.

Setiap gelombang mewakili pusingan
termaktub dalam carta graf,
sungguh memeningkan.

Di mana ketenangan?
Kita hidup dalam gelombang.
Mungkin, aku berkata mungkin.
Aku rasa tenang cukupkah itu?
Bagaimana jangkamasa panjang?
Mungkin tanpa kepastian.

Rasanya graf mendatar
Hidup tanpa drama
Umpama sami banjaran Himalaya.

Thursday, March 4, 2010

Dinding di Hadapan

Seri Rama: Hanya sebuah dinding? Itu saja kamu mampu katakan, kamu makhluk tidak tahu bersyukur! 1000 macam perkara muncul di dinding itu, segala macam bentuk cerita sehingga tertulis dalam kitab suci perihal dinding. Segalanya hanya bergantung pada perspektif kita, menerima luar biasanya dinding itu sebagai sesuatu.

Semal: Itu hanya dinding, sebuah pemisah fizikal untuk bahagian ini dengan yang itu.

Seri Rama: Hanya satu pengantaraan, tetapi pengantara itu boleh pergi jauh lagi.

Semal : Pegi mana je Rama? Bulan? Kena naik roket, gila!

Seri Rama: Roket aku hanyalah minda. Jasad ini serta segala fizikal hanya persepsi aku. Kalau aku rasa hijau itu biru dan aku terapung maka jadilah begitu.

Semal : Cepat, jadilah!

Seri Rama: Kejap. Aku dah jadi hijau. Semua keliling aku hanya lukisan.

Semal: Aku tak nampak pun ko jadi ijau.

Seri Rama: Kurang yakin kamu terhadap apa yang aku nyatakan membuatkan engkau masih buta.

Semal: Ko isap dadah banyak sangat!

Seri Rama: Cuba fikir 2 boleh jadi 3.

Semal: Tu nombor gila. Aku nak benda fizikal.

Seri Rama: Aku memang hijau. Cahaya hijau terpantul dari aku secara fiziknya. Setiap warna itu hanya interpretasi otak. Kalau otak kamu terima lebih hijau dari aku maka hijaulah aku.

Semal: Aku tak mau ko jadi ijau. Aku nak ko sawo matang.

Seri Rama: Cuba fikirkan, itulah persepsi kita terhadap orang lain. Buruk dan baik mereka yang kita reka dari minda.

Semal terus beredar..... Seri Rama masih dalam keadaan sawai.

Tuesday, March 2, 2010

FTMSK

Aku rasa nama ini sesuai untuk semua
kerana aku manusia jiwa
berhempedu dan tanpa tatu
aku bukan seorang ratu.

Setiap hari aku nampak batu
di tepi, kiri, kanan dan tapak kaki
Satu demi satu aku jumpa berbatu-batu
berterabur bersama saki-baki
kebanyakan di bawah kaki,

Cerita hidupku dan hidup kamu
akan aku kongsi
seperti air, udara dan roti
tak lupa kari serta nasi
kulit dan isi
segalanya terbatas pada kreativiti
termasuk celah gigi berkaviti.

Sepanjang hidup aku banyak berkongsi
Dulunya lebih pada manusia
Sekarang, harimau kumbang,
burung perang dan mungkin beruang...

Tak lupa juga pada pepohon serta batuan,
Terima kasih, sekalian!