Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Saturday, March 13, 2010

Graf Mendatar

Harmoni pada muzik,
satu gelombang.
Cahaya dan warna,
satu gelombang.
Turun dan naiknya segala,
satu gelombang.

Setiap gelombang mewakili pusingan
termaktub dalam carta graf,
sungguh memeningkan.

Di mana ketenangan?
Kita hidup dalam gelombang.
Mungkin, aku berkata mungkin.
Aku rasa tenang cukupkah itu?
Bagaimana jangkamasa panjang?
Mungkin tanpa kepastian.

Rasanya graf mendatar
Hidup tanpa drama
Umpama sami banjaran Himalaya.

Tuesday, March 2, 2010

FTMSK

Aku rasa nama ini sesuai untuk semua
kerana aku manusia jiwa
berhempedu dan tanpa tatu
aku bukan seorang ratu.

Setiap hari aku nampak batu
di tepi, kiri, kanan dan tapak kaki
Satu demi satu aku jumpa berbatu-batu
berterabur bersama saki-baki
kebanyakan di bawah kaki,

Cerita hidupku dan hidup kamu
akan aku kongsi
seperti air, udara dan roti
tak lupa kari serta nasi
kulit dan isi
segalanya terbatas pada kreativiti
termasuk celah gigi berkaviti.

Sepanjang hidup aku banyak berkongsi
Dulunya lebih pada manusia
Sekarang, harimau kumbang,
burung perang dan mungkin beruang...

Tak lupa juga pada pepohon serta batuan,
Terima kasih, sekalian!